Sedekah Haiwan Jalanan
Sedarkah kita, berapa banyak haiwan terbiar yang mati kelaparan ?
Selamatkan mereka, hulurkan bantuan
Pilu hati mengenang nasib haiwan-haiwan terbiar yang tidak bermaya ini
Tiada yang tahu atau ambil kisah tentang keadaan mereka..
Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?
Tidak semestinya perlu turun padang untuk membantu haiwan jalanan. Dengan menyalurkan sumbangan kepada sukarelawan haiwan seperti Persatuan Bantuan Haiwan Prihatin, secara tidak langsung anda juga dapat membela nasib malang haiwan terbiar.
SIAPAKAH KAMI?
PERTUBUHAN BANTUAN HAIWAN PRIHATIN MALAYSIA.
- Ditubuhkan pada 1 April 2020 di Jerteh, Besut, Terengganu.
- Pertubuhan kami ditubuhkan bertujuan membela nasib haiwan-haiwan terbiar di luar sana dengan membantu dari segi memberi makan, merawat dan lain-lain.
- Menjalankan aktiviti kesukarelawanan di bandar-bandar yang terdapat banyak haiwan terbiar.
- Akan datang, akan membina satu tempat khusus sebagai Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar.
AKTIVITI YANG KAMI JALANKAN
Aktiviti kesukarelawanan Harian
Para sukarelawan memberi makan kepada haiwan yang terbiar
Rawatan dan Penjagaan
SUMBANGAN YANG KAMI PERLUKAN
Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM100,000.00 yang meliputi :
- Makanan Harian
- Kos Ubat-Ubatan dan Rawatan
- Pembinaan Pusat Perlindungan Haiwan Terbiar
Pihak kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk makanan kucing/kibbles atau ubat-ubatan untuk digunakan. Pihak tuan/puan boleh berhubung dengan pihak kami untuk mengetahui keperluan semasa bagi meneruskan aktiviti ini.
KEMANA WANG SUMBANGAN ANDA DISALURKAN?
1) PENUBUHAN KELAB SUKARELAWAN DI SELURUH MALAYSIA.
Kelab sukarelawan akan melaksanakan segala aktiviti-aktiviti kebajikan terhadap haiwan-haiwan terbiar di negeri masing-masing. buat masa sekarang terdapat 16 orang sukarelawan sedia ada di kawasan Besut, Dan 10 orang sukarelawan di Negeri Kelantan.
2) SALUR DANA MELALUI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN
Kami turut bekerjasama dengan Kedai Haiwan Peliharaan yang terpilih di daerah-daerah yang terdapat ahli sukarelawan kami untuk mereka dapatkan bekalan seperti Makanan kucing/anjing, ubat-ubatan dan sebagainya terus dari kedai tersebut untuk menjalankan aktiviti mingguan.
3) KOS PENGURUSAN
Selebihnya akan digunakan bagi menampung kos pengurusan pertubuhan, dan saguhati kepada para sukarelawan di seluruh Malaysia.
4) KOS PEMBINAAN PUSAT PERLINDUNGAN HAIWAN
Akan datang pertubuhan kami akan menubuhkan satu pusat perlindungan haiwan terbiar bagi menempatkan haiwan-haiwan yang kurang bernasib baik dan memerlukan penjagaan yang rapi.
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG?
- PAKEJ TAJAAN PEMBINAAN PUSAT PERLINDUNGAN - RM 100
- PAKEJ TAJAAN MAKANAN DAN RAWATAN HAIWAN TERBIAR - RM 50
- PAKEJ DERMA IKHLAS - RM 10
Penafian:
- Bagi pembayaran menggunakan payment gateway Toyyibpay selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada BANTUAN HAIWAN PRIHATIN. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 01116960898 (Bantuan Haiwan Prihatin)